CinTa

Semua orang petah berbicara mengenai cinta,
tetapi bagaimanakah memperolehi cinta yang
terunggul? Untuk mendapat cinta manusia yang
tulus lagi sejati, carilah dan kahwinilah manusia
yang mencintai Allah dan Allah jua menyintainya
supaya terisi makna cinta yang sebenar. Sabda
Nabi SAW: Amalan yang paling disukai Allah
ialah mencintai kerana Allah dan membenci
kerana Allah Riwayat Ahmad Berpasangan dan cinta adalah naluri dan nafsu,
otak mengawalnya. Jika biarkan cinta kuasai diri
hingga merosakkan hidup, nescaya diburu
penyesalan sepanjang hayatnya. Setiap pasangan
perlu belajar menggemari kegemaran pasangannya
dan memperbanyakkan ciri-ciri persamaan antara
keduanya bagi melancarkan hubungan dan
komunikasi mereka. Untuk saling memahami,
seseorang perlu meluahkan rasa hati. Silapnya
kita sering menganggap bahawa yang meluahkan
rasa isi hati itu sebagai pendendam dan celupar. Keintiman pasangan dilihat sejauh mana
perkongsian citarasa, fikiran, perasaan, tingkah
laku, hasrat dan keputusan antara mereka.
Keputusan sepakat membawa berkat. Pasangan
yang tidak ada rasa sepakat, tiada saling
bergantungan dan tiada rasa tanggungjawab
adalah antara petanda bahawa keintiman antara
mereka semakin berkurangan. Kualiti perhubungan antara pasangan dapat dilihat
daripada kualiti komunikasi sama ada positif atau
negatif. Kuasai teknik berhubung supaya maksud
anda difahami. Bersikap terlalu kritis terhadap
pasangan menyebabkan hilang keseronokan
dalam perhubungan malah timbul kebosanan.
Kritikan biar berhikmah agar ia tak tersinggung.
Ingatlah bahawa hati wanita terletak di mulut,
kerana mereka gemar meluahkan perasaan
dengan kata-kata. Mulut lelaki pula berada di hati,
kerana mereka lebih suka memendam rasa. Sikap cemburu itu pula tandanya sayang, akan
tetapi cemburu yang berlebihan adalah antara
petanda curiga serta ingin menguasai
pasangannya. Cemburu biar kena pada
tempatnya. Pasangan yang bahagia menggunakan
alasan untuk membela antara satu sama lain.
Manakala pasangan yang tidak bahagia berusaha
mencari alasan untuk saling tuduh-menuduh. Pasangan yang selalu hendak menang,
pentingkan emosi serta egois akan burukkan lagi
perhubungan apabila berlaku krisis. Usah
pentingkan diri tapi banyakkan toleransi. Jika
setiap pasangan mengharapkan cinta mereka
saling berbalas, berlumba-lumbalah mencari kasih
sayang dan carilah keredhaan Allah, itu adalah
sebaik-baik pengharapan. Cintailah siapa yang kamu cintai, tapi suatu hari
nanti kamu akan berpisah dengannya, tetapi
mencintai Tuhan kekal buat selamanya. Selami
keikhlasan pasangan anda seadanya!



Monday, September 26, 2011

Suara Simpony

Banyak Pekara atau Peristiwa Yang Terjadi 
Sepanjang Hidup Fiz yang Fiz rasa tidak 
Pernah Menyebelahi Fiz..,Kadang-Kadang,
Fiz Rasa Fiz ni Memang Seorang Lelaki Yang
Sentiasa ditimpa nasib malang...,
Banyak jugak la masa yang Fiz habiskan dengan
komplen terhadap hidup Fiz nie
Yang Fiz rasa serba tak kena Seorang Diri..,
bila dah makin Dewasa,Bila Fiz fikir balik 
Pasal Benda-Benda ini Semua...
Fiz rasa Fiz lupa Untuk bersyukur...
Bersyukur dengan Apa yang Fiz ada Sampai Sekarang..
Sekarang Fiz Cuba Lihat dari Sudut yang Berbeza...
Disebalik apa yang tak best dalam Hidup nie
sentiasa terselit HIKMAH disebaliknya...
ALHAMDULLILLAH
Fiz Masih disini... 















.














No comments:

Post a Comment

Cinta Ku Hanya Untuk Mu...

Mengapa aku tidak bisa meluahkan perasaan diriku pada mu...
padahal aku mencintaimu..,,walaupun kita tidak pernah bermasam muka tetapi aku tetap mencintaimu...,,
kenapa diriku selalu memendam perasaan..,,
kenapa aku tidak terus terang pada diri nya....
kerana aku takut tidak diterima oleh seorang wanita yang aku cintai selama ini dari dulu lagi hinggalah sekarang sikit pun kasih sayang ku pada diri nya tidak akan pernah berubah..,,
wanita itu hanya mengganggap aku ini sebaik kawan sahaja...
tetapi aku gembira dan bersyukur kerana dia selalu menghantar pesanan ringkas(SMS)..,,kadang-kadang dia telefon...,,, I LOVE YOU FOREVER IN MY LIFE.......

Best kn DOA cam nie

"Ya Tuhan, kalau dia memang jodohku, dekatkan lah... Tapi kalau bukan jodohku, Jodohkan lah.... Jika dia tidak berjodoh denganku, maka jadikanlah kami jodoh... Kalau dia bukan jodohku, jangan sampai dia dapet jodoh yang lain, selain aku... Kalau dia tidak bisa di jodohkan denganku , jangan sampai dia dapet jodoh yang lain, biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku... Dan saat dia telah tidak memiliki jodoh, jodohkanlah kami kembali... Kalau dia jodoh orang lain, putuskanlah ! Jodohkanlah dengan ku.... Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain, lempar orang tersebut ke laut dan kemudian jodohkan kembali dia dengan ku ...

HiDUp Ku Berubah pada Hari ini

Hidup selalu berubah keindahannya sepanjang masa
Kadang-kadang teduh, kadang-kadang hidup
adalah sinar matahari
hidup setiap saat di sini untuk isi hati anda
Waktu yang ada di sini mungkin tidak besok
Orang yang mencintai anda sepenuh hati
Sangat Sulit bertemu orang itu
Jika ada seseorang seperti itu di suatu tempat
Orang itu yang lebih indah dari semua benda yang
Turun ke tangan (seseorang)
Mengambil bayangan bulu mata anda,
ketika seseorang mendekati
Anda cuba untuk beri alasan dengan hati gila..,
Jantung anda hanya anda saja yang boleh mengalahkan
Tapi cuba pikir, apa yang ada di sini sekarang
Cerita itu mungkin tidak di sini tapi esok
Hidup berubah keindahannya sepanjang masa
Kadang-kadang teduh, kadang-kadang hidup adalah sinarmatahari
ingat bila-bila masa di sini untuk isi hati anda
Waktu yang ada di sini mungkin tidak besok
Tapi lusa atau hari seterusnya
ingat ...

CintaKu Tak Minta Di Balas

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan

Kisah Jatuh Cinta S'Orang Pelajar

Kisah Jatuh Cinta S'Orang Pelajar
Sana sini hati bunga-bunga cinta.. Orang itu jatuh cinta, orang ini pun jatuh cinta.. Selalu tersengih, tersenyum walau berseorangan.. Tambah-tambah lagi FIZRAN pelajar kolej OiC ini, kerjanya tersenyum sepanjang hari.. Semua tertanya-tanya dan dia buat-buat tidak tahu.. Ramai menjangka dia sedang jatuh cinta.. Jika benar, gadis-gadis pasti kecewa.. Hoho.. Yang sebenarnya, cuma dia, dan hanya dia saja yang tahu.. Satu saja kata beliau, KU SUDAH JUMPA.. Jumpa apakah? Jeng jeng jeng..

Cinta itu indah..Tapi hanya 3 Bulan...

Seorang lagi kaum adam telah dikecewakan oleh perempuan hari ni...
setiap kali saya mendengar kesah sedih ni,
saya rasa geram bercampur marah...untuk kaum hawa..
memanglah perasaan cinta akan jadi sejuk bila dah lama..
tapi itu bukan alasan untuk kamu tinggalkan dia...

Aku sedih melihat rakan-rakan yang terlalu terpengaruh dengan 'propaganda cinta televisyen'...
pastinya cinta camtuh tak wujud di alam nyata ....
CInta yang perfect mungkin tak de di dunia ini...
apatah lagi cinta yang kekal hangat sampai bila2....

by:MrOoyeei Affarel

Cinta Ku Jauh Lebih Indah

Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.

Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.

Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.

Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.

Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.

Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.

Sahabat

Persahabatan yang sejati akan membawa kepada kerinduan yang abadi

Orang yang rugi ialah orang yang tidak memperoleh sahabat…
dan yang paling rugi ialah yang ditinggalkan oleh sahabat

Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan
Tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir
Tetapi tanpa percintaan, sahabat boleh kekal
Oleh itu, hargailah persahabatan yang terjalin

Kerana sahabat mewakili suatu kekuatan

Sahabat yang paling baik adalah
Diri kita yang sendiri tahu menilai setiap apa yang kita lakukan

Hadiah yang beharga dalam erti kata Sahabat yang sebenar
Adalah memberi yang terbaik dari diri anda sendiri

Bergaullah dengan manusia sebaiknya
Sehingga kalau kamu mati mereka tangisi
Dan kalau hidup mereka selalu merindui kamu

Yang indah itu pertemuan
Yang manis itu kemesraan
Yang pahit itu perpisahan
Yang tinggal hanyalah kenangan

Cinta adalah kekuatan yg mampu
mengubah duri jadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah sedih jadi riang
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibah.

sungguh aku tak bisa
smpai bila pun tak bisa m'mbenci dirimu
sesungguh nya aku tk mmpu
sulit utk ku bisa
sangat sulit ku tak bisa
memisah kan segala cinta dan benci yang ku rasa

Lucu TaK

Lucu TaK
Jika benar seperti yang dikata, maka bulan ini bulan cinta.. Eh silap.. Tahun ini tahun cinta.. Ehem ehem.. Tahun kahwin? Ngee.. Mereka-mereka bercinta, tak ketinggalan untuk aku juga ikut sama dan turut serta.. Ikut jatuh cinta.. Andai ada yang kecewa, ampun maaf dipinta.. Hatiku sudah berpunya.. Ececece.. Dan cebisan luahan hati ini hanya untuk dia.. Semoga dapat dirasainya.. Dan kamu juga, kamu dan kamu.. Rasakanlah juga aura cinta aku untuk dia.. Heehee..